Tuesday, June 12, 2012

simpulan bahasa (b)


  • buruk laku: kelakuan tidak senonoh.
  • buruk lantak: orang yang makan dengan gelojoh atau lahap makannya.
  • buruk makan(sila lihat juga buruk lantak.)
  • busuk hati: orang yang berhati jahat.
  • busung dada: sombong.
  • buta ayam: mata yang rabun menjelang senja; tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.
  • buta hati: (a) tidak dapat menerima pengajaran orang atau mengenali mana yang buruk atau mana yang baik. (b) tidak berasa kasihan atau berhati perut, kejam.
  • buta huruf: orang yang tidak tahu membaca dan menulis atau kedua-duanya; tidak berpelajaran.
  • buta kayu(sila lihat juga buta huruf.)
  • buta larangan: tidak dapat melihat jauh.
  • buruk mulut: percakapan yang kasar.
  • buruk penangan: akibat buruk atau tidak baik.
  • buruk perut: kuat makan.
  • buruk sangka: menaruh curiga.
  • buruk selera: makan apa sahaja.
  • buruk siku: meminta diambil balik semula benda yang telah diberikan kepada seseorang atau orang lain.
  • busuk budi: perangai yang jahat.