Monday, July 23, 2012

Nilai murni berdasarkan petikan

Tulis lima nilai berdasarkan petikan di bawah.
 
Encik Yazid seorang usahawan yang berjaya. Beliau mempunyai sebuah kedai perabot. Sebelum menjadi seorang usahawan, beliau telah melakukan banyak pekerjaan. Berkat gigih usaha dan sikap nya yang selalu berjimat-cermat, Encik Yazid telah   mengumpul wang untuk memulakan perniagaannya.
Encik Yazid seorang yang ringan tulang. Walaupun mempunyai tiga orang pembantu namun Encik Yazid juga turut melakukan kerja-kerja dikedainya.
Beliau juga peramah orangnya. Beliau akanmelayan pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke kedainya dengan mesra.
Beliau juga seorang yang jujur dalam menjalankan perniagaan. Beliau tidak akan menipu atau menjual perabot di kedainya dengan harga yang terlalu mahal.
__________________________________
Jawapan:
Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita mestilah
……………….. seperti Encik…………..yang melakukan …………………………………………..
Selain itu, kita hendaklah ………………………
dengan menggunakan wang yang kita kumpul untuk memulakan perniagaan.
Di samping itu, kita haruslah……………….
dengan turut sama ……………walaupun kita ialah pengurus kedai tersebut. Seterusnya, kita patutlah………………………
seperti melayan pelanggan yang datang
ke kedai kita dengan…………………. Akhir sekali,kita wajarlah amanah seperti tidak menipu semasa menjalankan urus niaga.