Monday, July 2, 2012

Kata Pemeri


 Kata Pemeri terbahagi kepada dua iaitu ialah dan adalah
Ialah :  Menunjukkan persamaan
            Digunakan di hadapan frasa nama

Ayat Contoh :
1.Cikgu Arena ialah guru kelas saya.
2. Kereta yang berwarna putih itu ialah kereta abang  Sanusi.

Adalah  Menunjukkan huraian atau keterangan
         hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama

Ayat Contoh 
Beg tangan yang dimilikinya itu adalah daripada kulit lembu.
Masakan yang enak itu adalah untuk santapan Tuan Puteri Lena Sari .

KESILAPAN PENGGUNAAN KATA PEMERI
1.      Kata Pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

1.      Adalah dimaklumkan bahawa
        X
2.       Dengan ini dimaklumkan bahawa
       


2.Kata Pemeri  adalah  boleh hadir di hadapan frasa adjektif atau farasa sendi nama.

1. Hadiah ini ialah untuk anak angkatnya .
        X
2. Hadiah ini adalah untuk anak angkatnya.



              
3.                  3.   Kata Pemeri ialah atau adalah tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.

1.      Ramalan  ahli nujum itu adalah tidak tepat.
     X
2.      Ramalan ahli nujum  itu tidak tepat.
    

Kata Pemeri ialah

Kata Pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama 
1.      Wanita yang anggun itu adalah ibu tiri saya.
    X
2.      Wanita yang anggun itu ialah ibu tiri saya.
   

Terdapat kekecualian iaitu kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata pemeri  kata nafi  frasa adjektif
Contoh
Perkhabaran yang dibawanya  itu adalah tidak benar sama sekali  


Latihan Kata Pemeri
Tandakan  betul atau salah


1.

Encik Haris  adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.



2.

Pertandingan mencipta lagu  ialah untuk murid Tahap Dua.



3.

Azmir ialah antara pemain badminton yang  menjadi harapan sekolah saya.




4.

Hadiah untuk gurunya   adalah  sepasang baju kurung yang dijahit olehnya
sendiri.



5.

Kompas ialah alat yang diperlukan semasa  berkhemah nanti.



6.

Minuman yang lazat adalah untuk Puan Sarimah.



7.

Mengkuang dan pandan adalah tumbuhan yang berumpun.



8.

Berita tentang kemangkatan Raja Muda itu adalah tidak benar sama sekali.



9.

Pegawai yang sombong itu adalah pegawai baru di situ.



10.

Masjid ialah tempat beribadat bagi  orang-orang  Islam









Perkataan dan maksudnya

v  melihat- memandang

v  memerhati – memandang atau melihat dengan teliti

v  merenung – memfokuskan pandangan pada sesuatu.

v  menatap – memandang  sesuatu dengan teliti atau bersungguh-sungguh.

v  meneliti – memerhati dengan bersungguh-sungguh.

v  menonton – menengok sesuatu persembahan

v  meninjau – memerhatikan dan melihat sesuatu dari tempat yang tinggi atau jauh

v  menjenguk – melihat sesuatu dengan cara membongkokkan badan atau menghulurkan kepala.

v  mengintai – melihat sesuatu secara sembunyi-sembunyi.

v  menjengah – menjenguk / melihat sesuatu dengan menghulurkan kepala.

v  menyaksikan – hadir untuk menonton sesuatu.

v  mengenyit – mengelipkan mata atau mengangkat kening untuk memberikan isyarat.

v  mengerdip – memejam dan membuka mata berulang-ulang kali.

v  mengerling- memandang ke kiri atau ke kanan tanpa menggerakkan kepala

v  menjeling – melihat dengan ekor atau hujung mata

v  mengamati – melihat dengan teliti