Thursday, May 30, 2013



PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan kata yang digunakan  bersama-sama dengan kata bilangan .
Penjodoh bilangan digunakan untuk kata nama konkrit seperti benda,haiwan,manusia dan tempat.
Biasanya digunakan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama yang mengikutnya.

Contoh
Abang membeli sebentuk cincin untuk tunangannya.


Penjodoh Bilangan
Untuk membilang
Contoh Penggunaan
  angkatan
  untuk kumpulan manusia
   atau benda
  kapal, tentera, pelukis, penulis
  baris
 
 untuk kedudukan benda/
 manusia      yang berbaris
  kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat,
  meja, kerusi,bangku,murid
 batang
 untuk menunjukkan benda-
 benda yang panjang.lurus
 dan keras
 lilin, tiang, , pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum. pensel
bentuk
 untuk benda-benda kecil
  yang    berkeluk /berlengkung
 subang, cincin, matakail
berkas
  untuk benda-benda yang telah
   diikat  atau diberkas
 buluh.ranting,kunci, lidi, kayu
bidang
  untuk benda-benda lebar,luas
  dan  rata
 bendang, kain, sawah, layar, kebun, tikar,tanah , permaidani
biji
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda kecil yang berbentuk bulat
gasing., kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, telur, gelas,pinggan
bilah
untuk benda-benda yang tajam dan runcing
gergaji,keris,tombak,parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris,lembing
buah
untuk benda-benda besar dan padu,
tempat,bangunan dan semua jenis kenderaan
negeri, rumah, buku radio, bandar, kampung, piano, kampung kamera,lori,stadium,motokar
buku
untuk benda yang berbongkah kecil-kecil
 roti, benang, sabun
butir
untuk benda-benda yang bulat dan kecil
bawang,beras,telur, batu, manik, beras, peluru
carik
untuk benda-benda tipis yang berkeping-keping
daun, kain,perca,kertas
cubit
untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
garam, gula, kunyit
cebis
Benda yang sudah dipootong kecil-kecil
kain,kertas
cucuk
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
sate
Das
untuk bunyi letupan atau tembakan
meriam, pistol, senapang
deret
untuk benda-benda yang tersusun /bangunan berderet
bangunan, kedai, kereta,rumah
ekor
untuk semua jenis binatang,serangga,ikan
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama, ikan kembung
genggam
untuk benda-benda yang digenggam
dalam tangan,
pasir, beras, padi, pulut,tanah
gugus
Kumpulan benda dan buah-buahan dalam setangkai
bintang,kunci ,pulau, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci, rambai, anggur
gulung
untuk benda-benda yang panjang dan  bergulung
filem, tikar, dawai, kertas,permaidani.kertas
gelung
benda yang panjang dan bergelung
dawai, kawat, rotan, tali, wayar

gemal
benda yang dikumpulkan dan diikat
rumput,padi

gumpal
Benda yang bergumpal
Kapas,kekabu,awan,tanah

helai
untuk benda-benda yang tipis,lembut  dan lebar
baju,cadar,  rambut, rumput,selimut



hiris
untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil
bawang, daging, daun pandan,lada
jambak
untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga, kunci
jambangan
Kumpulan bunga yang digubah untuk perhiasan
bunga
jemput
Benda yang diambil dengan hujung jari
garam,kunyit,gula
kaki
untuk benda yang bertangkai
payung, bunga, cendawan
kawan
untuk kumpulan haiwan
Merpati, lebah,lembu, gajah, rusa
kepal
untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan
nasi, pulut, tanah
keping
untuk benda-benda yang nipis atau pipih
roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat
untuk bahagian benda-benda yang dipotong
Dawai,tulang,kayu api
ketul
untuk benda-benda yang berketul dan padu
ais, daging, arang,sabun, roti
kotak
untuk benda-benda yang ada di dalam kotak
mancis, ubat nyamuk,sabun,rokok
kuntum
untuk bungs
anggerik,teratai,ros
laras
untuk senjata api
senapang, meriam,pistol
lembar
benda-benda yang panjang dan halus
kertas, benang,rambut,dawai
longgok
untuk benda-benda yang dilonggokkan
Buah-buahan. pakaian,  cili,pasir
naskhah
untuk bahan bacaan yang berjilid
surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
orang
untuk manusia
anak.guru, doktor, pekedai, pengawas,wartawan,askar
papan
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
petai, mercun,coklat
pasang
untuk benda dan manusia yang berpasangan
pakaian, kasut, suami isteri, stoking,terompah
pangsa
untuk bahagian dalam buah
durian
pasukan
untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam
 polis, tentera pengakap
patah
untuk kata atau percakapan
perkataan, ungkapan
potong
untuk benda-benda yang sudah dipotong
kuih, roti,daging,kek
pucuk
untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api
meriam, senapang, rebung,jarum

puntung
untuk sebahagian benda yang masih menyala
bara, kayu api,kayu api
pintu
bangunan yang berderet
berek,rumah panjang,rumah teres

rangkap
Tulisan yang berangkap
pantun,  syair,sajak

rawan
untuk benda-benda yang halus, bersirat dan dapat digantung
jala, pukat,jaring

ruas
untuk benda yang beruas-ruas
tebu, buluh,rotan

rumpun
untuk tumbuhan yang tumbuh berkumpul
Lalang,buluh,  serai, pandan, padi, tebu

suap
Makanan yang disuap ke dalam muluit
nasi
sikat/sisir
untuk buah pisang
pisang

tandan
buah-buahan yang bertandan
pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai
untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
daun, buah-buahan,bunga
titik
untuk cecair yang menitis
air, darah, dakwat, embun
tongkol
untuk buah yang bertongkol
jagung
teguk
minuman yang ditelan sekali
susu,teh,air,kopi
timbun
Benda yang bertimbun
arang,batu,tanah,sampah
ulas
untuk isi buah-buahan yang berpangsa
nangka, cempedak,

urat
untuk benda-benda yang halus dan panjang
rambut, benang, dawai
untai
digunakan untuk benda yang panjang dan berbentuk
Rantai manik, kalung mutiara, pantun
utas
benda yang panjang dapat digulung
dawai,rantai dan tali