Setiap murid pasti mempunyai kawan. Tulis sebuah karangan
tentang faedah-faedah berkawan
Isi:
1. mendapat pelbagai maklumat
2. meningkatkan hubungan silaturahim
3. meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar
4. dapat membantu kita sewaktu kita mengalami masalah
Setiap orang memerlukan kawan. Pepatah Melayu ada menyatakan, “berkasih biar satu, berkawan
biar seribu. Apabila kita mempunyai banyak kawan, hidup kita tidaklah menjadi
seperti katak di bawah tempurung. Orang yang tidak mempunyai banyak kawan atau
tidak suka berkawan, mereka akan dikatakan sebagai kera sumbang. Sebenarnya,
banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai banyak kawan .
Satu daripada
faedahnya ialah kita akan mendapat pelbagai maklumat. Jika kita akan menghadapi
peperiksaan, kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata pelajaran yang
kita pelajari. Sebagai contohnya, kita boleh bertukar-tukar kertas soalan
peperiksaan percubaan atau soalan peperiksaan ujian bulanan melalui e-mel.
Selain itu, kawan yang banyak akan meningkatkan hubungan
silaturahim.Apabila kita berkawan dengan banyak orang, hubungan kita dalam
masyarakat sangat baik dan mesra. Sebagai contohnya, kita hendaklah berkawan
dengan semua pelajar, guru, kakitangan sekolah, dan sebagainya.
Seterusnya,kita akan dapat meningkatkan perpaduan dalam
kalangan pelajar. Di sekolah, terdapat pelbagai kaum. Jika kita berkawan dengan pelajar daripada
kaum lain, kita akan dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.) Sebagai
contohnya, kita berpeluang untuk meraikan perayaan Deepavali, Tahun Baharu
China, Krismas, dan sebagainya dengan mereka. Melalui cara ini, kita akan dapat
meningkatkan meningkatkan perpaduan di negara kita .
Bukan itu sahajakawan akan dapat membantu kita sewaktu kita
mengalami masalah. Kawan kita kemungkinan mempunyai kepandaian dalam mata
pelajaran yang tidak kita kuasai. Oleh itu, kawan boleh membantu kita untuk
menangani masalah tersebut. Sebagai contohnya, jika kita lemah dalam mata pelajaran
Matematik, kita bolehlah meminta pertolongan daripada kawan kita yang bijak
dalam Matematik. Oleh itu, kita hendaklah mencari kawan yang boleh membantu
atau menolong kita, dan bukannya yang membawa kita ke lembah kehinaan.
Kesimpulannya,) kita hendaklah sentiasa berusaha untuk
berkawan dengan sesiapa sahaja di sekolah atau di luar sekolah. Namun demikian,
kita hendaklah berhati-hati memilih kerana kawan yang baik akan membawa kita ke syurga,
manakala kawan yang jahat akan membawa kita ke neraka. Oleh hal yang demikian,
pandai-pandailah kita untuk membuat pilihan antara intan dengan kaca.
No comments:
Post a Comment