Bahasa Melayu Tahun 5 S.K
FU:
2.1, FS : 7.2
Pantun
Mengenang Budi
Burung pipit di sawah padi,
Dihalau teruna bertubuh
sasa;
Ingatlah pada orang berbudi
Kenang olehmu sepanjang masa.
Anak lembu di tepi bukit,
Berjalan beriring berkawan-kawan;
Berbuat baik walau
sedikit,
Tetap dikenang budimu tuan.
Ikan keli ikan gelama,
Dimasak lemak sedap dimakan;
Budi yang luhur kita terima,
Haruskah
dibalas dengan kutukan.
Anak haruan berkawan-kawan,
Masuk ke kuala
berenang-renang;
Pelik sungguh dirimu tuan,
Orang berbudi
tidak dikenang.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung
tanah,
Budi yang baik dikenang juga .
v Baca
pantun dengan suara, nada dan intonasi yang sesuai.
v Nyatakan
maksud setiap rangkap pantun di atas.
v Buat
ulasan tentang pengajaran daripada
pantun di atas.
v Bina
dua rangkap pantun yang bertemakan budi.
Rangkap 1
Kita hendaklah sentiasa mengenang budi orang yang berbudi
dengan kita.
Rangkap 2
Walaupun budi yang diberikan adalah sedikit akan dikenang orang.
Rangkap 3
Kita tidak seharusnya mengeji atau mengata orang yang berbuat kebaikan atau berbudi
kepada kita.
Rangkap 4
Orang yang tidak tahu mengenang budi akan dianggap
oleh masyarakat sebagai
orang yang tidak normal.
Rangkap 5
Walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia, budi yang dilakukan
semasa hayatnya akan sentiasa dikenang orang.
Tuliskan
lima pengajaran berdasarkan pantun di atas :
Antara pengajaran
daripada pantun di atas ialah kita
hendaklah ……………………………………….dengan.....................................................
Selain itu, kita haruslah ………………………………dengan
……………………………………………………. Di samping itu, kita
mestilah …………………………………………………….dengan………………………………………………………………………………………. Seterusnya, kita wajarlah ................................................... dengan...................................................................... Akhir sekali, kita patutlah ...........................................................................................................