Thursday, August 29, 2013

faedah berkawan

Setiap murid pasti mempunyai kawan. Tulis sebuah karangan tentang faedah-faedah berkawan
Isi:
1. mendapat pelbagai maklumat
2. meningkatkan hubungan silaturahim
3. meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar
4. dapat membantu kita sewaktu kita mengalami masalah

Setiap orang memerlukan kawan.  Pepatah Melayu  ada menyatakan, “berkasih biar satu, berkawan biar seribu. Apabila kita mempunyai banyak kawan, hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Orang yang tidak mempunyai banyak kawan atau tidak suka berkawan, mereka akan dikatakan sebagai kera sumbang. Sebenarnya, banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai banyak kawan .
 Satu daripada faedahnya ialah kita akan mendapat pelbagai maklumat. Jika kita akan menghadapi peperiksaan, kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari. Sebagai contohnya, kita boleh bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan percubaan atau soalan peperiksaan ujian bulanan melalui e-mel.
Selain itu, kawan yang banyak akan meningkatkan hubungan silaturahim.Apabila kita berkawan dengan banyak orang, hubungan kita dalam masyarakat sangat baik dan mesra. Sebagai contohnya, kita hendaklah berkawan dengan semua pelajar, guru, kakitangan sekolah, dan sebagainya.
Seterusnya,kita akan dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Di sekolah, terdapat pelbagai kaum.  Jika kita berkawan dengan pelajar daripada kaum lain, kita akan dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.) Sebagai contohnya, kita berpeluang untuk meraikan perayaan Deepavali, Tahun Baharu China, Krismas, dan sebagainya dengan mereka. Melalui cara ini, kita akan dapat meningkatkan meningkatkan perpaduan di negara kita .
Bukan itu sahajakawan akan dapat membantu kita sewaktu kita mengalami masalah. Kawan kita kemungkinan mempunyai kepandaian dalam mata pelajaran yang tidak kita kuasai. Oleh itu, kawan boleh membantu kita untuk menangani masalah tersebut. Sebagai contohnya, jika kita lemah dalam mata pelajaran Matematik, kita bolehlah meminta pertolongan daripada kawan kita yang bijak dalam Matematik. Oleh itu, kita hendaklah mencari kawan yang boleh membantu atau menolong kita, dan bukannya yang membawa kita ke lembah kehinaan.


Kesimpulannya,) kita hendaklah sentiasa berusaha untuk berkawan dengan sesiapa sahaja di sekolah atau di luar sekolah. Namun demikian, kita hendaklah berhati-hati memilih kerana  kawan yang baik akan membawa kita ke syurga, manakala kawan yang jahat akan membawa kita ke neraka. Oleh hal yang demikian, pandai-pandailah kita untuk membuat pilihan antara intan dengan kaca.