Saturday, July 21, 2012
Kata Ganda ( A dan B)
Kata Ganda
|
A
1.Abah-abah
ialah alat/perkakas/tali-temali
Azman menyangkutkan abah-abah di tetupai dinding.
2. abrit-abritan
= berlari tunggang-langgang
Yahya ………………………… apabila dikejar anjing gila itu.
3. abuk-abuk = sejenis kuih yang dibuat daripada
tepung sagu dan gula Melaka.
Kuih …………………………… itu sungguh lazat.
4. acah-acah = maksud perbuatan yang tidak
serius/bersungguh-sungguh
Zainal hanya …………………….. untuk menembak burung gagak
itu.
5. agak-agak=
mungkin
Agak-agaknya Diana yang terpilih sebagai ketua murid
nanti.
6. alai-balai= melalaikan / mengabaikan
Semoga janji temu kami petang ini tidak
di……………………………. oleh Puan Noni.
7. alai-belai = pujukan/cumbuan
Ibu kucing itu …………………… akan anaknya yang masih
menyusu itu.
8.anak-pinak – keturunan
………………………………………..nya memang berasal dari negara
seberang.
9. adang-adang = penyekat/penghadang
………………….. digunakan untuk menghadang pesakit yang
sedang dirawat di wad terbuka itu.
10. andang-andang= tahi lalat
……………………… di bawah bibirnya menambahkan keayuan wajahnya.
11. angkup-angkup= penyepit
Peniaga digalakkan menggunakan …………………….. untuk
memasukkan makanan yang
dipesan pelanggannya ke dalam plastik.
12. ancak- ancak= tidak mempedulikan untung rugi atau buruk baik sesuatu perkara.
Dia hanya ……………………. sahaja menjalankan
perniagaannya.
13. api-api = sejenis tumbuhan
Pokok……………………………….. itu hidup subur di atas dahan
pokok manggis.
14. aram-temaram = kabur. Suram
Bulan kelihatan …………………..kerana dilindungi awan
mendung.
15. awan-gemawang = udara
Kertas-kertas berterbangan di …………………… apabila
ditiup angina kencang.
16. awan-kemawan = sekelompok awan
Awan-…………………….kelihatan cantik semasa dilihat dari dalam kapal terbang.
Ayun-temayun = bergantung dan berbuai-buai
B
1. balam-balam = nampak kurang jelas
Ber…………………………….wajahnya diselubungi kabus pagi.
2. basa-basi = adat-istiadat , sopan-santun
3. bebalai = tempat duduk atau tempat tidur yang
dibuat daripada buluh atau kayu.
Mak Teh melunjurkan kakinya semasa duduk di
……………………. itu.
4. bebenang = garis timbulyang berlilit di
sekeliling bahagian luar skru atau dalam nat, seperti benang.
Tukang paip itu membuat bebenang pada batang paip
yang patah itu.
5.bebendul = banyak batang kayu yang dipasang
memanjang pada bawah pintu atau tiang
kayu.
Rumah kayu itu
dipasang dengan ……………………………… pada bawah pintunya.
6. bebola= sesuatu seperti bola
……………………….. ikan dimasukkan ke dalam mee sup itu
untuk menyedapkan lagi rasanya.
7. becang-becok = bunyi bising dan hingar-bingar
Suasana di dewan itu ………………………. kerana majlis masih
tidak dimulakan.
8. benggal- benggil= bengkak=bengkak/ bincut
Mukanya ……………………setelah bertumbuk dengan budak
nakal.
9. berliku-liku = berbelok-belok
Jalan ke
puncak Gunung Jerai ………………………………..
10. belat-belit = tidak jujur
Pemuda itu ……………………..semasa disoal siasat oleh
anggota polis.
11. belu-belai = cerewet/ berleter
Sikapnya yang asyik …………………………….membuatkan ramai
yang tidak menyukainya.
Latihan Tatabahasa
Gariskan jawapan yang betul
- Kawasan berpagar itu merbahaya / berbahaya2. Saya telah memperoleh / memperolehi pengalaman yang berharga.3. Perabot itu dperbuat dari / daripada kayu jati.4. Apabila / bila kami tiba di situ hujan turun dengan lebatnya.5. Amirul tidak dating ke sekolah sebab / kerana keracunan makanan.6. Tunangnya menghadiahi / menghadiahkan dia sebentuk cincin berlian.7. Basikal kamu akan saya baiki / dibaiki oleh saya.8. Orang asli itu menetap di kawasan pdalaman / pendalaman.9. Belajarlah kamu untuk/kerana masa hadapan.10. Berusahalah kamu demi/sebab masa depan.11. Kemalangan itu melibatkan enam kereta/enam buah kereta.
Subscribe to:
Posts (Atom)