Wednesday, June 13, 2012

Peribahasa Melayu

"Maknanya"
Tahu makan tahu simpan.
Memegang rahsia dengan sebaiknya agar tidak bocor atau diketahui orang lain.
Tangguk di air keruh.
Mencari keuntungan peribadi dalam perselisihan atau kekacuan.
Telaga di bawah gunung
Seseorang wanita yang membawa keuntungan kepada suaminya.
Orang yang degil dan tidak mendengar nasihat orang lain.
Telur di hujung tanduk.
Sesuatu perkara yang sangat bahaya dan sulit.
Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.
Perasaan cinta atau kasih tidak mungkin datang dari sebelah pihak sahaja.
Tukang tidak membuang kayu.
Orang yang bijaksana tahu menghargai semua orang dan manfaatnya.
Tinggak kulit pembalut tulang.
Orang yang sangat kurus badanya.
Tabir sudah tergantung, tikar sudah terbentang.
Orang yang mempunyai sesuatu hajat.
Tangkap muat
Mengambil apa sahaja yang sempat.
Tebu masuk mulut gajah.
Binasa sama sekali sudah tidak dapat ditolong lagi.
Tebal telinga.
Orang yang tidak tahu malu.
Terlunjuk lurus kelingking berkait.
Zahirnya kelihatan baik tapi hatinya berniat jahat.
Tepuk dada tanya selera.
Kalau sudah terdesak sesuatu perkara tanya terpulang kepada keputusan kita.
Teras bertemu beliung.
Dua orang yang berselisihan faham dan masing-masing tidak mahu mengalah.
Tikus membaiki labu
Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya akibatnya merosakkan barang tersebut.
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Tiada orang dapat meneka untung malang nasib seseorang.
Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan.
Orang yang ditimpa kesusahan besar.
Tidak berasas tunas dari tunggul.
Pangkat yang diwarisi oleh sanak-saudara.
Tunggul terbakar ditengah huma.
Orang yang hitam legam


Kalau Saya Menjadi Jutawan

Kalau Saya Menjadi Jutawan
1. Pendahuluan:
Semua- kaya- orang kaya-dinamakan jutawan.
Isi-isi:
1.                  Menggunakan wang untuk perkara yang baik.
-          Mendirikan rumah-ayah ibu-membalas jasa mereka.
2.                  Membina sebuah kilang- memastikan kilang itu tidak mencemarkan alam sekitar.
3.                  Membina –rumah kebajikan-anak yatim-orang tua-peluang anak yatim belajar-berjaya.
4.                  Mengerjakan haji-Mekah-membuat kebajikan-semua orang-memberi derma-yang memerlukan.


Penutup
Berharap – impian akan menjadi kenyataan-tuah ayam nampak di kaki, ‘tuah manusia tiada yang tahu.’

Kalau Saya Menjadi Jutawan
         Semua  orang di dunia ini mahu menjadi kaya.Saya juga
berhasrat untuk  menjadi kaya. Orang yang kaya dinamakan jutawan.
                  Kalau………………………………………………, saya akan menggunakan wang saya itu untuk……………………………perkara yang baik.Pertama sekali, saya ………………………….
banglo mewah . Saya …….membalas jasa mereka.
        Saya juga mahu membina........kilang. Saya akan memastikan kilang itu tidak mencemarkan alam sekitar.
          Selain itu, saya juga akan …………………sebuah rumah………… untuk anak-anak yatim. Rumah untuk orang- orang tua juga akan saya dirikan. Saya akan memberikan peluang kepada anak-anak yatim untuk belajar sehingga ………………..
       Saya dan keluarga saya akan…………….. haji di Mekah. Saya akan membuat kebajikan  untuk semua orang. Saya juga …………….kepada  orang-orang  yang susah.
          Saya berharap agar ………………………kerana ‘tuah………………
……………..Sekiranya saya menjadi …….saya akan merealisasikan impian saya itu.