Tuesday, July 30, 2013

Perkataan dan maksudnya

Cari maksud bagi:

1. mengerip
2.mengunggis
3. menggerumit
4.memagut
5.mencatuk
6.memagut
7.membaham
8.meneriak
9.melolong
10.meraung
11. menyedut
12.membaham
13.menyengat
14.memamah
15.memekik

Tuesday, July 9, 2013

soalan bahagian b

Bahagian B
[Masa dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


1.      Pada suatu hari, kamu pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli peralatan  sekolah. Ketika   hendak membuat bayaran, kamu mendapati dompet kamu  telah hilang. Ceritakan peristiwa yang berlaku seterusnya.
ATAU

2.      Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tuliskan sebuah karangan  cara-cara  kamu menggembirakan hati ibu bapa.
ATAU

3.      Sahabat pena kamu bertanya tentang keistimewaan kampung kamu.    Tulis     sepucuk   surat   kepadanya   untuk menceritakan keindahan     semula jadi kampung kamu. Tuliskan surat itu selengkapnya.



Monday, July 8, 2013

berita

TULISKAN BERITA TENTANG HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH ANDA.
KANGAR, 10 November 2012- Sekolah Kebangsaan Bintong telah mengadakan majlis Hari  Anugerah Cemerlang  pada hari ini.
Majlis bermula pada jam 8.00 pagi. Majlis itu telah diadakan di Dewan  Al-Khawarizmi dan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri  Perlis iaitu Encik Dun bin Kasa.
Menurut Guru Penolong Kanan (1) selaku pengerusi Hari Anugerah Cemerlang,majlis itu diadakan bertujuan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang Berjaya dalam akademik dan kokurikulum. Majlis ini juga dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru-guru sekolah itu.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhaimin bin Abu Bakar. Selepas itu ucapan Guru Besar diikuti dengan  ucapan perasmian oleh  Pengarah Pelajaran Negeri Perlis.
Seterusnya penonton dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan acara penyampaian kepada murid yang cemerlang dalam akademik,kokurikulum, tokoh murid  dan murid yang mempunyai sahsiah terpuji.
Seramai 48 orang murid telah memperoleh hadiah mengikut kdudukan dalam  kelas dan hadiah  terbaik dalam  setiap matapelajaran.  Waris juga dijemput naik ke pentas untuk mengiringi anak yang menerima hadiah. Seramai  10 orang pelajar UPSR tahun 2011  yang mendapat 5A telah diberikan hadiah dalam majlis ini.
Pengarah Pelajaran Negeri Perlis telah berkenan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Majlis Anugerah Cemerlang berakhir pada jam 1.30 tengah hari.
………………………………………………………………………………………………….
Kejohanan olahraga sukan tahunan telah diadakan di sekolah anda. Sebagai ketua sidang redaksi majalah sekolah, anda telah diminta menulis berita tentang kejohanan tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Sediakan berita tersebut selengkapnya.
Tempat, tarikh dan peristiwa
.  ucapan perasmian
pengarah pendidikan negeri / wakil rakyat
ii.  tujuan kejohanan
iii.  acara yang dipertandingkan
iv.  penyampaian hadiah

jamuan dan bersurai