Monday, June 25, 2012

Cerita Mengapa Pungguk Rindukan Bulan?

Petua Penulisan Bahagian B

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU
Petua penulisan
1  .       Karangan mestilah menepati kehendak  soalan
2  .       1 isi utama-1 perenggan
3  .       1 perenggan – 3 / 4 ayat
4  .       Ayat 1….isi utama yang berkaitan tajuk
Sekiranya calon memberikan isi  yang tidak berkaitan soalan hanya layak dapat  markah   5 / 30
Bagaimana haendak mendapatkan idea
Teknik  Mengarang
I   C   K- Isi, Contoh, Kesan
Contoh :  Kebaikan Mempunyai  Hobi
Isi – Mengisi Masa Lapang
Contoh- Mengumpul setem
Kesan- Masa senggang  lebih bermakna –  di  samping dapat ilmu

A B C K- Apa , Bagaimana, Contoh, Kesan
Contoh Soalan  Karangan Fakta :  Tuliskan Karangan bertajuk Faedah Membaca
Apa- Faedah Membaca- menambahkan ilmu pengetahuan
Bagaimana- Rajin membaca
Contoh – Membaca buku ilmiah, buku ulang kaji, surat khabar dan majalah
Kesan –  bijak dan cemerlang dalam peperiksaan


ASBDMBBPP-Cara nak ingat

( Aku  Sangka Budak Dogol Main Bola Bulat  Petang Petang)
Ø  Apa
Ø  Siapa
Ø  Bila
Ø  Di mana
Ø  Mengapa
Ø  Berapa
Ø  Bagaimana
Ø  Perasaan
Ø  Pandangan
Contoh: Tuliskan Karangan  Laporan  Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Anda
Gunakan teknik  ASBDMBBPP…..
(Murid-murid sekalian boleh cuba  menulis karangan di atas dan emelkan kepada saya atau hantar ke facebook cikgu ….ctsha@ymail.com)

Latihan  : Buat Sebagai Persediaan UPSR 2012:
Tuliskan karangan tentang:
1)      Hari Kantin sekolah anda
2)      Hari Ko-Kurikulum
3)      Hari Terbuka
4)      Majlis Persaraan Guru
5)      Perasmian Pusat sumber Sekolah
6)      Suka Sekolah Saya
7)      Faedah Komputer
8)      Hobi Saya
9)      Kebaikan Hobi
10)   Penjagaan Gigi
11)   Menziarahi Keluarga di Hospital
12)   Faedah Berkebun
*** Karangan boleh di emel kepada saya. Insya Allah saya akan semak dan  beri ulasan  ***

Kenangan

Petang ni tersenyum sorang-sorang... teringat telatah 100  orang peserta KPK Kangar pada masa  cikgu  memberikan teknik menjawab  Sabtu lepas....................suka suka suka....semoga anda semua cemerlang...sayang selalu dari cikgu.

DM


HUKUM DM
 Unsur Diterangkan (D) Unsur Menerangkan 
(M) Keterangan Frasa
1.   Kelapa  muda -  buah kelapa yang muda
2.   Orang  muda - orang yang masih muda
3.   RESTORAN  AMANI - restoran kepunyaan  AMANI
4.   Kedai Buku Amin- kedai buku kepunyaan  Amin
5.   Susu - lembu - susu yang diambil daripada lembu
6.   Lembu - susu - lembu yang mengeluarkan susu
7.   Serbuk  cili - serbuk yang dibuat daripada cili
8.   Sos  tomato - sos yang dibuat daripada tomato

Saturday, June 23, 2012

PETUA TATABAHASA


Petua Tatabahasa
 
memperisterikan ----memperisteri akan anak-anaknya…..

memperisteri- mengahwini

memperhamba- anggap orang lain sbg hamba

memperhambakan – menjadikan diri/org lain sbg hamba (sanggup jd hamba)

menghadiahi……….perkataan selepasnya mesti benda hidup

menghadiahkan……..perkataan selepasnya mesti benda bukan hidup


dua meter suku..….. mesti  nyatakan  (Kata Bilangan Tentu  dahulu iaitu dua), diikuti

unit/sukatan iaitu meter dan kata bilangan pecahan iaitu suku….

Contoh lain…tiga meter setengah bukan tiga setengah meter


Atau lima jam suku bukan lima suku jam…..

Saturday, June 16, 2012

Tajuk: Keburukan Makanan Ringan Kepada Kesihatan

Tajuk: Keburukan Makanan Ringan Kepada Kesihatan
Gunakan formula ICK
Pengenalan
Definisi

Isi

Apakah
Makanan yang  sangat disukai oeh kanak-kanak



Contoh

Nyatakan
Keropok dan kerepek dan gula-gula.  



Kesan

Mengapa
Mudah diperoleh di kedai-kedai .


Makanan ringan   amat disukai oleh kanak-kanak . Contoh makanan ringan ialah keropok,kerepek dan gula-gula.Makanan ringan seperi ini biasanya dijual dengan harga yang amat murah dan mudah diperoleh di mana-mana kedai .

Isi 1:

Isi
Apakah
Pada media cetak dan media elektronik
Contoh
Nyatakan
Surat khabar, papan iklan, dan televisyen
Kesan
Mengapa
Iklan yang disebarkan memperdayakan minda kanak-kanak.
Makanan ringan ini banyak diiklan di  media cetak dan media elektronik . Iklan makanan ringan di surat khabar dan kaca televisyen   mampu mempengaruhi minda kanak-kanak.Iklan yang disebarkan boleh memperdayakan kanak-kanak melalui maklumat yang tidak tepat.
Isi 2

Isi
Apakah
Mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
Contoh
Nyatakan
Pewarna  dan perasa tiruan memeudaratkan kesihatan
Kesan
Mengapa
Boleh merosakkan  sistem saraf seseorang

Makanan ringan ini juga mengandungi bahan kimia yang amat berbahaya. Pewarna dan perasa tiruan yang digunakan di dalamnya juga tidak dijamin selamat dan halal. Oleh itu, makanan ringan boleh memudaratkan kesihatan dan boleh merosakkan sistem saraf seseorang yang memakannya.

 Isi 3:-

Isi
Apakah
Kualiti kebersihan makanan ringan tidak terjamin
Contoh
Nyatakan
Mudah mengalami keracunan makanan
Kesan
Mengapa
Diproses tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan

 Dari segi kesihatan pula, penyediaan makanan tidak terjamin kebersihannya.Oleh itu, kanak-kanak mudah mendapat penyakit yang berbahaya akibat keracunan makanan . Kita juga sering mendengar kes-kes keracunan makanan yang sekarang ini semakin serius. Hal ini kerana, makanan –makanan tersebut tidak diproses mengikut peraturan yang ditetapkan.

Isi 4:-

Isi
Apakah
Cara pembungkusannya yang menarik perhatian
Contoh
Nyatakan
Menawarkan hadiah yang digemari oleh kanak-kanak
Kesan
Mengapa
Hadiah menjadikan makanan ringan laris di pasaran

Di samping itu,pengaruh makanan ringan yang sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana pembungkusannya yang menarik. Tambahan pula,  adamya penawaran  hadiah permainan yang digemari oleh kanak-kanak. Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan makanan ringan sekarang ini semakin laris dijual di pasaran.

Penutup/ Kesimpulan:-

Isi
Apakah
Perlu menegah dan menasihati kanak-kanak daripada memakannya
Contoh
Nyatakan
Kurang baik untuk pembesaran  awal kanak-kanak
Kesan
Mengapa
Menjelaskan keburukan memakan makanan ringan.

-Kesimpulannya, orang dewasa terutama ibu bapa hendaklah  menegah dan menasihati kanak-kanak daripada memakan makanan ringan ,bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Selain itu juga, makanan ringan ini kurang baik untuk tumbesaran awal kanak-kanak.Kesedaran ini perlu disuntik kepada semua ibu bapa  supaya mereka dapat menjelaskan tentang keburukan makanan ringan kepada anak-anak mereka.

_oleh :mystudent-

Friday, June 15, 2012

Perbuatan Binatang


Perbuatan Binatang

Ayam – mengais
Burung- memagut
Helang-menyambar
Ikan-berenang
Itik- menyudu-nyudu
Ketam-menyepit
Kuda-menendang
Labah-labah-merakut
Lembu-menanduk
Merak-menggigal
Nyamuk-mengigit
Tebuan-menyengat
Tupai-melompat
Ular-mematuk