Wednesday, May 30, 2012

Nota Kata Pemeri



Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.



Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

CONTOH :

Lelaki yang berjanggut panjang itu ialah ayah saya.





Ayam goreng  ialah makanan kegemaran  adik saya.



Tarikh sukan   adalah pada hari  Sabtu.


Mazli  adalah antara pelajar yang aktif  di sekolahnya.











No comments:

Post a Comment