Kata Pemeri terbahagi kepada dua iaitu ialah dan
adalah
Ialah : Menunjukkan persamaan
Digunakan di hadapan frasa nama
Ayat Contoh :
1.Cikgu Arena ialah guru kelas saya.
2. Kereta yang berwarna putih itu ialah kereta abang Sanusi.
Adalah Menunjukkan huraian atau
keterangan
hadir
di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama
Ayat Contoh
Beg tangan yang dimilikinya itu adalah daripada
kulit lembu.
Masakan yang enak itu adalah untuk santapan Tuan
Puteri Lena Sari .
KESILAPAN PENGGUNAAN KATA PEMERI
1. Kata
Pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.
1.
Adalah dimaklumkan
bahawa
|
X
|
2.
Dengan ini
dimaklumkan bahawa
|
√
|
2.Kata Pemeri adalah
boleh hadir di hadapan frasa adjektif atau farasa sendi nama.
1. Hadiah ini ialah untuk anak
angkatnya .
|
X
|
2. Hadiah ini adalah untuk anak angkatnya.
|
√
|
3. 3. Kata
Pemeri ialah atau adalah tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.
1.
Ramalan
ahli nujum itu adalah tidak tepat.
|
X
|
2.
Ramalan ahli nujum
itu tidak tepat.
|
√
|
Kata
Pemeri ialah
Kata Pemeri ialah hadir
di hadapan frasa nama
1.
Wanita yang anggun itu adalah ibu tiri saya.
|
X
|
2.
Wanita yang anggun itu ialah ibu tiri saya.
|
√
|
Terdapat kekecualian
iaitu kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata pemeri kata nafi
frasa adjektif
Contoh
Perkhabaran yang
dibawanya itu adalah tidak benar
sama sekali √
Latihan Kata Pemeri
Tandakan betul atau salah
1.
|
Encik Haris
adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.
|
|
2.
|
Pertandingan mencipta lagu ialah untuk murid Tahap Dua.
|
|
3.
|
Azmir ialah antara pemain badminton
yang menjadi harapan sekolah saya.
|
|
4.
|
Hadiah untuk gurunya adalah
sepasang baju kurung yang dijahit olehnya
sendiri.
|
|
5.
|
Kompas ialah alat yang diperlukan
semasa berkhemah nanti.
|
|
6.
|
Minuman yang lazat adalah untuk Puan
Sarimah.
|
|
7.
|
Mengkuang dan pandan adalah tumbuhan yang
berumpun.
|
|
8.
|
Berita tentang kemangkatan Raja Muda itu
adalah tidak benar sama sekali.
|
|
9.
|
Pegawai yang sombong itu adalah pegawai
baru di situ.
|
|
10.
|
Masjid ialah tempat beribadat bagi orang-orang
Islam
|
|
No comments:
Post a Comment