Friday, May 31, 2013

Imbuhan me, me....kan , me....i

1. Emak membaca buku cerita untuk adik.
2. Emak membacakan adik buku cerita.

3. Cikgu Ghazlan mengajar anaknya berpidato.
4. Cikgu  Ghazlan mengajari anaknya berpidato
5. Cikgu Ghazlan mengajarkan teknik berpidato kepada anaknya.

6. Yahya membawa sebakul buah-buahan untuk kawannya.
7. Kakak membawakan kawannya sebakul buah-buahan.

8. Kakak menjahit baju kurung untuk ibu
9. Kakak  menjahitkan ibu baju kurung.

10. Ibu menulis sepucuk warkah untuk nenek.
11. Ibu menuliskan nenek sepucuk warkah.

12. Fitrah mengirimi Hashimi kad hari raya.
13. Fitrah mengirimkan kad hari raya untuk Hashimi.
14. Haji Idris memberi cucunya sebuah alat senaman.
15. Haji Idris  memberikan sebuah alat senaman kepada cucunya.

16. Encik Tan membeli sebuah rumah banglo untuk isterinya.
17. Encik Tan membelikan isterinya sebuah rumah banglo.

18. Peniaga itu menawari gadis itu sebuah komputer.
19. Peniaga itu menawarkan sebuah komputer kepada gadis itu.

20. Sultan menganugerahi Sharif Pingat Jasa Kebaktian
21. Sultan menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian kepada Sharif.

22. Encik Abdullah  menghadiahi isterinya seutas rantai emas.
23. Encik Abdullah menghadiahkan rantai emas  kepada isterinya.

24. Danial mencari jam tangan untuk Dalilah.
25. Danial mencarikan Dalilah  jam tangan.

26. Puan Sharifah membekali anaknya   air soya
27. Puan Sharifah membekalkan air soya  untuk anaknya.

28. Saya membuat nasi goreng untuk majikan saya.
29. Saya membuatkan majikan saya  nasi goreng

30. Puan Haslinda menyuapi anaknya pisang goreng.
31. Puan Rohana menyuapkan pisang  goreng ke dalam mulut anaknya.

32. Latif meminjam novel ‘ Khilaf ’  di perpustakaan bergerak
33. Latif meminjami Salihin novel ‘ Khilaf ’.
34. Latif  meminjamkan novel ‘ Khilaf ’  kepada Salihin.



No comments:

Post a Comment