Wednesday, May 29, 2013

KATA BILANGAN

Kata Bilangan Tentu – satu, dua, enam
Kata Bilangan Tak Tentu – segala, semua, para, beberapa, banyak sedikit, seluruh
Kata Bilangan Pisahan – masing-masing, setiap, tiap-tiap
 Kata Bilangan Himpunan – Kedua-dua, beratus-ratus, bertahun-tahun, berkotak-kotak
Kata Bilangan Pecahan – setengah, separuh, suku, satu perempat, dua pertiga
 Kata Bilangan Tingkat – ketiga, keenam, kesembilan, kedua, kelima, keseribu

 Contoh Ayat


  •  Kata bilangan tentu  - Saya ada enam ekor kucing yang comel.
  •  Kata bilangan tak tentu -Mereka membincangkan beberapa perkara dalam pertemuan bersemuka itu.
  •  Kata bilangan tingkat-   Isteri ketiganya baharu sahaja dinikahinya semalam 
  •  Kata bilangan pecahan -Hampir setengah daripada penduduk kampung itu yang telah berpindah sejak kejadian tanah runtuh di tebing sungai itu.
  •  Kata bilangan himpunan -Beratus-ratus orang telah terlibat dalam kejadian rusuhan di negara itu. 
  •  Kata bilangan pisahan- Mereka mengeluarkan wang poket masing-masing untuk menyertai kem itu.

No comments:

Post a Comment