Monday, September 9, 2013

Karangan Laporan



Laporan Kem UPSR SK Dato Alang Marsila
Pada 30 Julai 2013 yang lalu, pihak Sekolah Kebangsaan  Dato Alang Marsila telah mengadakan Kem UPSR yang berlangsung selama dua hari di sekolah tersebut. Kem UPSR ini telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah itu, iaitu Puan Siti Sarimah bt. Ismail.
          Kem UPSR itu telah dihadiri oleh semua murid  tahun enam yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal menjelang tidak lama lagi. Semua peserta dikehendaki bermalam di sekolah semasa kem tersebut berlangsung.

           Pembimbing-pembimbing Kem UPSR itu pula terdiri daripada guru-guru kanan mata pelajaran yang terlibat dalam peperiksaan UPSR. Mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam mata pelajaran masing-masing.

           Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang kem tersebut berlangsung. Antaranya ialah   ceramah tentang cara-cara menjawab soalan peperiksaan yang betul dan cara  untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

           Kem UPSR tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Guru Besar amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh  semua guru dan murid sekolah ini.

          Diharapkan kem ini akan dapat dijalankan lagi pada masa hadapan untuk meningkatkan prestasi murid-murid sekolah ini.

Laporan disediakan oleh,                                                   3 OGOS 2013

(SYAHIRAH HUSNA SYED HASSAN)
Setiausaha Kem UPSR
Sekolah Kebangsaan  Dato Alang Marsila

No comments:

Post a Comment