Saturday, May 3, 2014
Thursday, February 13, 2014
Thursday, January 30, 2014
Friday, October 4, 2013
Monday, September 9, 2013
Karangan Laporan
Laporan
Kem UPSR SK Dato Alang Marsila
Pada 30 Julai 2013 yang lalu, pihak Sekolah
Kebangsaan Dato Alang Marsila telah mengadakan Kem UPSR yang berlangsung selama dua hari
di sekolah tersebut. Kem UPSR ini telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah itu,
iaitu Puan Siti Sarimah bt. Ismail.
Kem
UPSR itu telah dihadiri oleh semua murid
tahun enam yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
yang bakal menjelang tidak lama lagi. Semua peserta dikehendaki bermalam di
sekolah semasa kem tersebut berlangsung.
Pembimbing-pembimbing
Kem UPSR itu pula terdiri daripada guru-guru kanan mata pelajaran yang terlibat
dalam peperiksaan UPSR. Mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam mata
pelajaran masing-masing.
Pelbagai
aktiviti telah diadakan sepanjang kem tersebut berlangsung. Antaranya ialah ceramah
tentang cara-cara menjawab soalan peperiksaan yang betul dan cara untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan.
Kem
UPSR tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Guru Besar amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua guru dan murid sekolah ini.
Diharapkan kem ini akan dapat dijalankan lagi pada masa hadapan untuk meningkatkan prestasi murid-murid sekolah ini.
Laporan disediakan oleh, 3 OGOS
2013
(SYAHIRAH HUSNA SYED HASSAN)
Setiausaha Kem UPSR
Sekolah
Kebangsaan Dato Alang Marsila
Friday, September 6, 2013
kata berimbuhan asing
juru
juruacara-orang yang memimpin majlis
juruhebah- menyiarkan berita, menghebahkan susunan rancangan di radio dan tv
jururawat-orang yang bekerja menjaga orang sakit
jurutera-orang yang terlatih dalam hal rekabentuk mesin,jambatan dll
juruterbang-pemandu kapal terbang
juruiring-orang yang mengiringi orang kenamaan
juruulas-jurutafsir
juruwang-orang yang menerima atau membayar wang
jurusolek-orang yg kerjannya mencantikkan rupa seseorang dengan bahan solek
juruacara-orang yang memimpin majlis
juruhebah- menyiarkan berita, menghebahkan susunan rancangan di radio dan tv
jururawat-orang yang bekerja menjaga orang sakit
jurutera-orang yang terlatih dalam hal rekabentuk mesin,jambatan dll
juruterbang-pemandu kapal terbang
juruiring-orang yang mengiringi orang kenamaan
juruulas-jurutafsir
juruwang-orang yang menerima atau membayar wang
jurusolek-orang yg kerjannya mencantikkan rupa seseorang dengan bahan solek
Subscribe to:
Posts (Atom)
