Wednesday, May 30, 2012

Nilai Murni..dan contohnya


NILAI YANG DIPERLUKAN DALAM JAWAPAN BAHAGIAN C
( Berdasarkan tema teks)

BIL
NILAI MURNI
CONTOH PERKATAAN DALAM    AYAT
1.
Baik hati
menolong , membantu, berkongsi

2..
Belas kasihan
memberi derma,memberi tempat duduk

3.
Bertimbang rasa
memberi tempat duduk kepada orang tua

4.
Murah hati
belanja kawan, berkongsi makanan, memberi hadiah

5.
Pemaaf
tidak berdendam,

6.
Yakin
menjawab soalan yang diberikan tanpa ragu-ragu

7.
Mulia
memaafkan,

8.
Berbudi bahasa
mengucapkan terima kasih,memberi salam

9.
Bersopan-santun
bertanya khabar, ucap terima kasih

10.
Jujur
memulangkan dompet, mengembalikan,menyerahkan semula

11.
Bertanggungjawab
menyiapkan kerja sekolah, menjaga kebersihan

12.
Menghormati ibu bapa
mencium tangan,  meminta izin

13.
Menghormati guru
memberi salam,  berwajah manis ketika bertemu guru

14.
Menghormati pemimpin
akur dengan perintah

15.
Taat kepada ibu bapa
mendengar nasihat

16.
Taat kepada guru
membuat latihan , mendengar kata


17.
Mematuhi undang-undang
tidak  melanggar peraturan

18.
Mematuhi peraturan sekolah
datang awal, berpakaian kemas, beratur, tidak bising

19.
Menepati masa
datang awal, menghantar buku mengikut masa yang ditetapkan

20.
Menghargai masa
Menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah

21.
Menggunakan masa dengan bijak
membuat  jadual harian sendiri, mengatur masa

22.
Sayang akan ahli keluarga
Sarapan bersama-sama, mengingati ahli keluarga walau jauh di mata

23.
Adil
memberi sesuatu sama banyak , tidak berat sebelah

24.
Berani
tidak gentar dengan cabaran  yang diberi, mahu mencuba sesuatu yang baik dengan yakin.



25.
Menjaga kebersihan diri
membersihkan tubuh badan- contoh mandi,  menggosok gigi ,membasuh kasut dll.

26.
Menjaga kebersihan alam sekitar
tidak membuang sampah merata-rata,  membersihkan   kawasan 

27.
Amanah
menyiapkan kerja yang diberi, memulangkan baki wang dengan jumlah yang betul, memulangkan, mengembalikan

28.
Bercakap benar
mengaku kesalahan

29.
Ikhlas / rela hati
tidak mengharapkan balasan atau ganjaran,
membantu tanpa diminta, tidak menunjuk-nunjuk, meminjamkan

30.
Rajin
Membaca buku , mengulang kaji, menyiapkan tugasan, membuat kerja sekolah atau membuat kerja rumah

31.
Berdikari
Tidak mengharapkan bantuan orang lain, mengemas tempat tidur sendiri

32.
Bekerjasama
tolong menolong dalam kumpulan,gotong- royong

33.
Bertolak ansur
memberi peluang kepada orang lain,
tidak berkira, tidak mementingkan diri sendiri

34.
Berhemah tinggi
mengucapkan terima kasih, membantu, sanggup berkorban,berkongsi

35.
Memupuk semangat perpaduan
kunjung mengunjung semasa perayaan kaum lain

36.
Bersyukur
rasa bangga dengan kenikmatan dan kurniaan Tuhan

37.
Berterima kasih
menghargai pertolongan seseorang kepada kita


38.
Rasional
adil dalam pertimbangan, waras , mencari penyelesaian


39.
Bermuafakat
Bekerjasama melakukan kerja

40.
Semangat Kejiranan
Memberikan buah tangan kepada jiran, bentu-membantu

41.
Semangat  cinta akan Negara / semangat patriotik
bangga/kagum dengan lagu kebangsaan, bahasa kebangsaan, sanggup berkorban demi  negara,
menghormati lagu Negaraku, mematuhi undang-undang, menghormati pemimpin

42.
Berbangga
bersyukur, rasa gembira dengan kemenangan

43.
Prihatin
memahami kesusahan orang lain, mengambil
tahu masalah orang lain dan cuba menolong

44.
Tolong-menolong

Bantu membantu
bekerjasama

bergotong royong, membuat sesuatu pekerjaan di sekolah,
memikul   tanggung jawab
membantu sesama rakan/jiran/keluarga
45.
Berwaspada
mematuhi lampu isyarat, menjaga keselamatan, berhati-hati


46.
Menghargai   masa
membaca buku sambil menunggu bas,
menyiapkan kerja sekolah

47.
Menepati  masa

bangun  awal, bersiap  awal

48.
Menepati   janji
Membaca buku, tiba mengikut masa, menyiapkan kerja mengikut arahan

No comments:

Post a Comment