PERIBAHASA MELAYU DAN MAKSUDNYA
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil
lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam
adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan
sesuatu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi
pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan ,
lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang
dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama rata
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah
bersama.
Bagai kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau melupakan
jasa orang yang pernah menolongnya
setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Kita
hendaklah mengikut adat atau peraturan
di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang
kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak
perempuan nanti-nantikan
Maksud : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama
berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak benda atau isu pada suatu masa.
Yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh
sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah
diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping
budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap
utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang
lain dan saling membantu.
No comments:
Post a Comment