Friday, July 19, 2013
Tuesday, July 9, 2013
soalan bahagian b
Bahagian
B
[Masa
dicadangkan : 40 minit]
[30
markah]
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis
sebuah karangan yang panjangnya
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1.
Pada suatu hari, kamu pergi ke sebuah
pasar raya untuk membeli peralatan
sekolah. Ketika hendak membuat
bayaran, kamu mendapati dompet kamu
telah hilang. Ceritakan peristiwa yang berlaku seterusnya.
ATAU
2.
Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa
kepada kita. Tuliskan sebuah karangan
cara-cara kamu menggembirakan
hati ibu bapa.
ATAU
3.
Sahabat pena kamu bertanya tentang
keistimewaan kampung kamu. Tulis sepucuk
surat kepadanya
untuk menceritakan keindahan semula
jadi kampung kamu. Tuliskan surat itu selengkapnya.
Monday, July 8, 2013
berita
TULISKAN BERITA TENTANG
HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH ANDA.
KANGAR, 10 November
2012- Sekolah Kebangsaan Bintong telah mengadakan majlis Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini.
Majlis bermula pada jam
8.00 pagi. Majlis itu telah diadakan di Dewan
Al-Khawarizmi dan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Perlis iaitu Encik Dun bin Kasa.
Menurut Guru Penolong
Kanan (1) selaku pengerusi Hari Anugerah Cemerlang,majlis itu diadakan
bertujuan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang Berjaya dalam akademik
dan kokurikulum. Majlis ini juga dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa
dan guru-guru sekolah itu.
Majlis dimulakan dengan
bacaan doa oleh Ustaz Muhaimin bin Abu Bakar. Selepas itu ucapan Guru Besar
diikuti dengan ucapan perasmian
oleh Pengarah Pelajaran Negeri Perlis.
Seterusnya penonton
dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan acara penyampaian kepada murid
yang cemerlang dalam akademik,kokurikulum, tokoh murid dan murid yang mempunyai sahsiah terpuji.
Seramai 48 orang murid
telah memperoleh hadiah mengikut kdudukan dalam
kelas dan hadiah terbaik
dalam setiap matapelajaran. Waris juga dijemput naik ke pentas untuk
mengiringi anak yang menerima hadiah. Seramai 10 orang pelajar UPSR tahun 2011 yang mendapat 5A telah diberikan hadiah dalam
majlis ini.
Pengarah Pelajaran
Negeri Perlis telah berkenan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya.
Majlis Anugerah Cemerlang berakhir pada jam 1.30 tengah hari.
………………………………………………………………………………………………….
Kejohanan olahraga
sukan tahunan telah diadakan di sekolah anda. Sebagai ketua sidang redaksi
majalah sekolah, anda telah diminta menulis berita tentang kejohanan tersebut
untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Sediakan berita
tersebut selengkapnya.
Tempat, tarikh dan
peristiwa
. ucapan perasmian
pengarah pendidikan
negeri / wakil rakyat
ii. tujuan kejohanan
iii. acara yang dipertandingkan
iv. penyampaian hadiah
jamuan dan bersurai
Sunday, June 30, 2013
BETULKAN KESALAHAN TATABAHASA DIBAWAH
1. Kesalahan perkataan atau kosa kata.
Roslan keciwa = sepatutnya
………………..
Pelancung =………………………………………… Perabut = …………………….
Pergi melancung = …………………
Tinggal di pendalaman = …………………………..
2. Kesalahan frasa mengikut hukum D – M.
Cili sos = …………………………………………… Melati Restoran = …………………………….
Mini bas = ………………………………………………. Kredit kad =
…………………………………………….
Jeruk betik = ………………………………………….
Perdana Menteri =
…………………………………………………
-. Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku
kaum mesti digunakan apabila kita hendak
menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa, keturunan atau bahasa.
-.Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara
ini (salah)
……………………………………………………………………………………………………………………………
-.Bahasa yang digunakan itu ialah Cina, bukan Inggeris (salah)
………………………………………………………………………………………………………………………
Sabah telah lama didiami oleh Dusun(salah)
…………………………………………………………………………………………………………………………..
4. Kesalahan makna ayat yang tidak jelas.
Contoh;
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga
memerlukan teknik sinar-X untuk
mengkajinya.(salah)
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
5. Kesalahan ayat
yang tidak mempunyai subjek.
Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur
cuma berjumlah
RM2.00 sekilo (salah)
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
6. Ayat tergantung.
Contoh;
Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim. (salah)
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
7. Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut
taraf sosial seseorang.
Contoh;
Baginda berucap kepada pembesar negeri (salah)
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
8. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak
diikuti oleh penyambut (objek).
Contoh;
Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya (salah)
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
9. Kesalahan penggunaan kata sendi nama.
Ketika keluar daripada kelas 6 Anggerik, saya terlanggar
gadis itu (salah)
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
10. Kesalahan penggunaan kata jamak.
Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke
kawasan luar bandar (salah
Friday, May 31, 2013
Imbuhan me, me....kan , me....i
1. Emak membaca buku cerita untuk adik.
2. Emak membacakan adik buku cerita.
3. Cikgu Ghazlan mengajar anaknya berpidato.
4. Cikgu Ghazlan mengajari anaknya berpidato
5. Cikgu Ghazlan mengajarkan teknik berpidato kepada anaknya.
6. Yahya membawa sebakul buah-buahan untuk kawannya.
7. Kakak membawakan kawannya sebakul buah-buahan.
8. Kakak menjahit baju kurung untuk ibu
9. Kakak menjahitkan ibu baju kurung.
10. Ibu menulis sepucuk warkah untuk nenek.
11. Ibu menuliskan nenek sepucuk warkah.
12. Fitrah mengirimi Hashimi kad hari raya.
13. Fitrah mengirimkan kad hari raya untuk Hashimi.
14. Haji Idris memberi cucunya sebuah alat senaman.
15. Haji Idris memberikan sebuah alat senaman kepada cucunya.
16. Encik Tan membeli sebuah rumah banglo untuk isterinya.
17. Encik Tan membelikan isterinya sebuah rumah banglo.
18. Peniaga itu menawari gadis itu sebuah komputer.
19. Peniaga itu menawarkan sebuah komputer kepada gadis itu.
20. Sultan menganugerahi Sharif Pingat Jasa Kebaktian
21. Sultan menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian kepada Sharif.
22. Encik Abdullah menghadiahi isterinya seutas rantai emas.
23. Encik Abdullah menghadiahkan rantai emas kepada isterinya.
24. Danial mencari jam tangan untuk Dalilah.
25. Danial mencarikan Dalilah jam tangan.
26. Puan Sharifah membekali anaknya air soya
27. Puan Sharifah membekalkan air soya untuk anaknya.
28. Saya membuat nasi goreng untuk majikan saya.
29. Saya membuatkan majikan saya nasi goreng
30. Puan Haslinda menyuapi anaknya pisang goreng.
31. Puan Rohana menyuapkan pisang goreng ke dalam mulut anaknya.
32. Latif meminjam novel ‘ Khilaf ’ di perpustakaan bergerak
33. Latif meminjami Salihin novel ‘ Khilaf ’.
34. Latif meminjamkan novel ‘ Khilaf ’ kepada Salihin.
2. Emak membacakan adik buku cerita.
3. Cikgu Ghazlan mengajar anaknya berpidato.
4. Cikgu Ghazlan mengajari anaknya berpidato
5. Cikgu Ghazlan mengajarkan teknik berpidato kepada anaknya.
6. Yahya membawa sebakul buah-buahan untuk kawannya.
7. Kakak membawakan kawannya sebakul buah-buahan.
8. Kakak menjahit baju kurung untuk ibu
9. Kakak menjahitkan ibu baju kurung.
10. Ibu menulis sepucuk warkah untuk nenek.
11. Ibu menuliskan nenek sepucuk warkah.
12. Fitrah mengirimi Hashimi kad hari raya.
13. Fitrah mengirimkan kad hari raya untuk Hashimi.
14. Haji Idris memberi cucunya sebuah alat senaman.
15. Haji Idris memberikan sebuah alat senaman kepada cucunya.
16. Encik Tan membeli sebuah rumah banglo untuk isterinya.
17. Encik Tan membelikan isterinya sebuah rumah banglo.
18. Peniaga itu menawari gadis itu sebuah komputer.
19. Peniaga itu menawarkan sebuah komputer kepada gadis itu.
20. Sultan menganugerahi Sharif Pingat Jasa Kebaktian
21. Sultan menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian kepada Sharif.
22. Encik Abdullah menghadiahi isterinya seutas rantai emas.
23. Encik Abdullah menghadiahkan rantai emas kepada isterinya.
24. Danial mencari jam tangan untuk Dalilah.
25. Danial mencarikan Dalilah jam tangan.
26. Puan Sharifah membekali anaknya air soya
27. Puan Sharifah membekalkan air soya untuk anaknya.
28. Saya membuat nasi goreng untuk majikan saya.
29. Saya membuatkan majikan saya nasi goreng
30. Puan Haslinda menyuapi anaknya pisang goreng.
31. Puan Rohana menyuapkan pisang goreng ke dalam mulut anaknya.
32. Latif meminjam novel ‘ Khilaf ’ di perpustakaan bergerak
33. Latif meminjami Salihin novel ‘ Khilaf ’.
34. Latif meminjamkan novel ‘ Khilaf ’ kepada Salihin.
Thursday, May 30, 2013
PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan .
Penjodoh bilangan
digunakan untuk kata nama konkrit seperti benda,haiwan,manusia dan tempat.
Biasanya digunakan
selepas kata bilangan dan sebelum kata nama yang mengikutnya.
Contoh
Abang membeli sebentuk
cincin untuk tunangannya.
Penjodoh
Bilangan
|
Untuk membilang
|
Contoh
Penggunaan
|
angkatan
|
untuk kumpulan manusia
atau benda
|
kapal, tentera, pelukis, penulis
|
baris
|
untuk kedudukan benda/
manusia yang berbaris
|
kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat,
meja, kerusi,bangku,murid
|
batang
|
untuk menunjukkan benda-
benda yang panjang.lurus
dan keras
|
lilin, tiang, , pokok, gigi, tongkat, kapur,
jambatan, jarum. pensel
|
bentuk
|
untuk benda-benda kecil
yang berkeluk /berlengkung
|
subang, cincin, matakail
|
berkas
|
untuk benda-benda yang telah
diikat atau diberkas
|
buluh.ranting,kunci, lidi, kayu
|
bidang
|
untuk
benda-benda lebar,luas
dan rata
|
bendang, kain, sawah, layar, kebun, tikar,tanah
, permaidani
|
biji
|
untuk jenis buah, sayur-sayuran,
dan benda-benda kecil yang berbentuk bulat
|
gasing., kubis, terung, bola,
cawan, guli, belon, ketupat, telur, gelas,pinggan
|
bilah
|
untuk benda-benda yang tajam dan
runcing
|
gergaji,keris,tombak,parang,
pisau, golok, gunting, sabit, keris,lembing
|
buah
|
untuk benda-benda besar dan padu,
tempat,bangunan dan semua jenis
kenderaan
|
negeri, rumah, buku radio, bandar,
kampung, piano, kampung kamera,lori,stadium,motokar
|
buku
|
untuk benda yang berbongkah
kecil-kecil
|
roti, benang, sabun
|
butir
|
untuk benda-benda yang bulat dan
kecil
|
bawang,beras,telur, batu, manik,
beras, peluru
|
carik
|
untuk benda-benda tipis yang
berkeping-keping
|
daun, kain,perca,kertas
|
cubit
|
untuk benda yang diambil sedikit
dengan jari
|
garam, gula, kunyit
|
cebis
|
Benda yang sudah dipootong
kecil-kecil
|
kain,kertas
|
cucuk
|
untuk benda-benda yang dicucuk
dengan lidi
|
sate
|
Das
|
untuk bunyi letupan atau tembakan
|
meriam, pistol, senapang
|
deret
|
untuk benda-benda yang tersusun
/bangunan berderet
|
bangunan, kedai, kereta,rumah
|
ekor
|
untuk semua jenis binatang,serangga,ikan
|
nyamuk, semut, kuda, buaya,
musang, gajah, arnab, rama-rama, ikan kembung
|
genggam
|
untuk benda-benda yang digenggam
dalam tangan,
|
pasir, beras, padi, pulut,tanah
|
gugus
|
Kumpulan benda dan buah-buahan
dalam setangkai
|
bintang,kunci ,pulau, langsat,
kelapa sawit, sawit, kunci, rambai, anggur
|
gulung
|
untuk benda-benda yang panjang dan
bergulung
|
filem, tikar, dawai, kertas,permaidani.kertas
|
gelung
|
benda yang panjang dan bergelung
|
dawai, kawat, rotan, tali, wayar
|
gemal
|
benda yang dikumpulkan dan diikat
|
rumput,padi
|
gumpal
|
Benda yang bergumpal
|
Kapas,kekabu,awan,tanah
|
helai
|
untuk benda-benda yang tipis,lembut
dan lebar
|
baju,cadar, rambut, rumput,selimut
|
hiris
|
untuk benda-benda yang dipotong
kecil-kecil
|
bawang, daging, daun pandan,lada
|
jambak
|
untuk benda-benda yang bertangkai
atau berangkai-rangkai
|
bunga, kunci
|
jambangan
|
Kumpulan bunga yang digubah untuk
perhiasan
|
bunga
|
jemput
|
Benda yang diambil dengan hujung
jari
|
garam,kunyit,gula
|
kaki
|
untuk benda yang bertangkai
|
payung, bunga, cendawan
|
kawan
|
untuk kumpulan haiwan
|
Merpati, lebah,lembu, gajah, rusa
|
kepal
|
untuk benda-benda yang dikepal
dengan tangan
|
nasi, pulut, tanah
|
keping
|
untuk benda-benda yang nipis atau
pipih
|
roti, papan, kad, gambar, biskut,
tanah
|
kerat
|
untuk bahagian benda-benda yang
dipotong
|
Dawai,tulang,kayu api
|
ketul
|
untuk benda-benda yang berketul
dan padu
|
ais, daging, arang,sabun, roti
|
kotak
|
untuk benda-benda yang ada di
dalam kotak
|
mancis, ubat nyamuk,sabun,rokok
|
kuntum
|
untuk bungs
|
anggerik,teratai,ros
|
laras
|
untuk senjata api
|
senapang, meriam,pistol
|
lembar
|
benda-benda yang panjang dan halus
|
kertas, benang,rambut,dawai
|
longgok
|
untuk benda-benda yang dilonggokkan
|
Buah-buahan. pakaian, cili,pasir
|
naskhah
|
untuk bahan bacaan yang berjilid
|
surat khabar, risalah, majalah,
makalah, buku
|
orang
|
untuk manusia
|
anak.guru, doktor, pekedai, pengawas,wartawan,askar
|
papan
|
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
|
petai, mercun,coklat
|
pasang
|
untuk benda dan manusia yang
berpasangan
|
pakaian, kasut, suami isteri, stoking,terompah
|
pangsa
|
untuk bahagian dalam buah
|
durian
|
pasukan
|
untuk sekumpulan orang yang
berpakaian seragam
|
polis, tentera pengakap
|
patah
|
untuk kata atau percakapan
|
perkataan, ungkapan
|
potong
|
untuk benda-benda yang sudah
dipotong
|
kuih, roti,daging,kek
|
pucuk
|
untuk benda-benda yang halus serta
tipis dan senjata api
|
meriam, senapang, rebung,jarum
|
puntung
|
untuk sebahagian benda yang masih
menyala
|
bara, kayu api,kayu api
|
pintu
|
bangunan yang berderet
|
berek,rumah panjang,rumah teres
|
rangkap
|
Tulisan yang berangkap
|
pantun, syair,sajak
|
rawan
|
untuk benda-benda yang halus,
bersirat dan dapat digantung
|
jala, pukat,jaring
|
ruas
|
untuk benda yang beruas-ruas
|
tebu, buluh,rotan
|
rumpun
|
untuk tumbuhan yang tumbuh berkumpul
|
Lalang,buluh, serai, pandan, padi, tebu
|
suap
|
Makanan yang disuap ke dalam
muluit
|
nasi
|
sikat/sisir
|
untuk buah pisang
|
pisang
|
tandan
|
buah-buahan yang bertandan
|
pisang, kelapa, pinang, kelapa
sawit
|
tangkai
|
untuk buah-buahan, bunga-bungaan,
dan daun yang bertangkai
|
daun, buah-buahan,bunga
|
titik
|
untuk cecair yang menitis
|
air, darah, dakwat, embun
|
tongkol
|
untuk buah yang bertongkol
|
jagung
|
teguk
|
minuman yang ditelan sekali
|
susu,teh,air,kopi
|
timbun
|
Benda yang bertimbun
|
arang,batu,tanah,sampah
|
ulas
|
untuk isi buah-buahan yang
berpangsa
|
nangka, cempedak,
|
urat
|
untuk benda-benda yang halus dan
panjang
|
rambut, benang, dawai
|
untai
|
digunakan untuk benda yang panjang
dan berbentuk
|
Rantai manik, kalung mutiara,
pantun
|
utas
|
benda yang panjang dapat digulung
|
dawai,rantai dan tali
|
Wednesday, May 29, 2013
KATA BILANGAN
Kata Bilangan Tentu – satu, dua, enam
Kata Bilangan Tak Tentu – segala, semua, para, beberapa, banyak sedikit, seluruh
Kata Bilangan Pisahan – masing-masing, setiap, tiap-tiap
Kata Bilangan Himpunan – Kedua-dua, beratus-ratus, bertahun-tahun, berkotak-kotak
Kata Bilangan Pecahan – setengah, separuh, suku, satu perempat, dua pertiga
Kata Bilangan Tingkat – ketiga, keenam, kesembilan, kedua, kelima, keseribu
Contoh Ayat
Kata Bilangan Tak Tentu – segala, semua, para, beberapa, banyak sedikit, seluruh
Kata Bilangan Pisahan – masing-masing, setiap, tiap-tiap
Kata Bilangan Himpunan – Kedua-dua, beratus-ratus, bertahun-tahun, berkotak-kotak
Kata Bilangan Pecahan – setengah, separuh, suku, satu perempat, dua pertiga
Kata Bilangan Tingkat – ketiga, keenam, kesembilan, kedua, kelima, keseribu
Contoh Ayat
- Kata bilangan tentu - Saya ada enam ekor kucing yang comel.
- Kata bilangan tak tentu -Mereka membincangkan beberapa perkara dalam pertemuan bersemuka itu.
- Kata bilangan tingkat- Isteri ketiganya baharu sahaja dinikahinya semalam
- Kata bilangan pecahan -Hampir setengah daripada penduduk kampung itu yang telah berpindah sejak kejadian tanah runtuh di tebing sungai itu.
- Kata bilangan himpunan -Beratus-ratus orang telah terlibat dalam kejadian rusuhan di negara itu.
- Kata bilangan pisahan- Mereka mengeluarkan wang poket masing-masing untuk menyertai kem itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)